Menceritakan tentang sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad (Pekin
Ibrahim) dan Sarah (Atiqah Suhaimie). Suatu hari semasa dalam perjalanan
ke kampung Fuad, mereka berdua mengalami gangguan dan tersesat jalan
semasa mencari kedai makan. Suasana cemas seketika. Dan gangguan tu juga
mengakibatkan kemalangan. Fuad telah ditahan dalam wad, tapi Sarah
langsung tidak mengalami kecederaan. Tak ada siapa yang menduga, Sarah
membawa balik ‘sesuatu’ bersama dia.